karisma
Monday, April 25, 2011
Mengapa?
Bila ada perkara yang disangkakan buruk..mesti kita akan cepat alert..dan memperbesarkan perkara tersebut..menjadikan ianya alasan untuk sesuatu yang tidak selayaknya..contohnya masalah kesihatan..adakah bila seseorang itu sakit kita perlu takut n jauhkan diri daripadanya?..adakah kita rasa dia akan membebankan?..ingatlah..kesakitan itu adalah ujian n kifarah bagi yang mengetahuinya..dan mereka yang redha akan mengangapnya sebagai satu mesin yang memberi nikmat n sekaligus mendatangkan hasil yang sangat baik..kerana itu adalah cara tuhan memberikan kasih sayangnya..kesakitan bukan bebanan..saya amat sedih bila dalam kehidupan ini,ada pasangan yang tega dan sanggup meninggalkan pasangannya hanya kerana masalah ini..adakah benar kerana sakit?atau ianya hanya alasan lantaran hati yang sudah mula berubah...apakah kesalahan pasangan itu sehingga diperlaku sebegitu..ada pula yang mengatakan ibubapa xmemberikan kebenaran kerana masalah tersebut..betul ka?atau hanya alasan...ingatlah..orang yang ditinggalkan akan mengingati semuanya n menjadikan ianya pengajaran..trend hari ni..seseorang itu akan menjadikan sesuatu perkara 2 sebagai alasan bila dah berubah..xperlu dinyatakan..tuhan Maha adil..dia tunjukkan juga..orang yang sakit selama ini berdiam n menyembunyikan sebab perpisahan bila ditanya..kerana menjaga nama pasangannya yang xmenghargai,dia xjuga burukkan.dia akan jawab,dia xlayak,sihat dsbginya..tp ketahuilah hatinya sedih n terluka..Dia merelakan perpisahan itu kerana tahu apa yang berlaku sebaliknya dan sandaran kegembiraan dirinya pada tuhan..sesungguhnya, takdir penentu segalanya..Tuhan Maha Mengetahui..perancangan tuhan adalah yang terbaik selamanya.
Saturday, March 5, 2011
hati yang sejahtera
Bahagia itu dari dalam diri
hanna ^_^
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
surah as-Syura, ayat 88-89 "Pada hari kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak-pinak kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera."
surah ar-Ra'd, ayat 28 : "Bukankah dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang."
semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya ^_^
hanna ^_^
Sunday, February 27, 2011
hunian yang indah
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku..
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."
hanna ^.^
Tuesday, February 22, 2011
hello
^_^
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
salam, ismi hanna..
penulis kedua blog ini..
hee.. ^_^
Friday, February 11, 2011
Bersabar...ujian akan mematangkan dirimu..
Disaat kebahagian kian hampir, terasa semakin berat pula ujian yang melanda ..cabaran dari dalam diri sendiri dan juga cabaran dari luar..Apa yang mampu kita lakukan hanya bersabar dan redha..Kita hanya insan biasa yang selalu mengharapkan suatu yang indah dalam kehidupan...namun ujian melanda tanpa dipinta dan tanpa diduga...
REALITI DI MALAYSIA
di malaysia khususnya, semakin ramai penyanyi wanita ISLAM yg muncul seorang demi seorang tanpa segan silu memperdengarkan suara lunak dan mempamerkan diri di khalayak ramai.
merujuk kpd fatwa Negeri Kedah bahawa suara perempuan bukanlah aurat dengan itu tidak haram utk didengari KECUALI jika timbul fitnah kpd lelaki ajnabi.
"maka janganlah kamu tunduk (melemahkan lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
[33:32]
itu hukum bagi suara wanita. utk hukum bagi aurat wanita pula,
"oh, penyanyi muslimah. pakai tudung. suara pun sedap. baguslah kalau lagi ramai orang2 macam dia ni mampu sampai ke tahap ni. alhamdulillah"
masyaAllah. maaf kalau kedengaran agak kasar, tapi percaya atau tidak, komentar2 seperti inilah yg keluar dari mulut masyarakat kita kini. seterusnya majalah2 yg dikatakan mmbawa konsep islamik memilih penyanyi2 ini sebagai ikon muslimah yg patut dicontohi remaja zaman sekarang. adakah dengan hanya menutup kepala dengan sehelai kain sudah dikira wanita muslimah? begitu mudahkan utk menjadi seorang wanita muslimah? asalkan menutup kepala sudah dikira sebagai menyempurnakan tuntutan agama. pastinya tidak.
kita silap besar andai berfikiran seperti itu. pengertian hijab itu luas. hijab adalah pakaian yg diwajibkan bg wanita muslimah utk menutup anggota2 yg wajib ditutup dari sudut syara'. tudung yg tidak jarang dan labuh menutupi dada. pakaian yg longgar, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan. boleh anda namakan mana2 penyanyi 'muslimah' malaysia pada tahun 2011 ni yg memenuhi kesemua ciri2 di atas?
hijab juga mempunyai kaitan dgn sifat malu wanita itu sndiri yg secara fitrahnya merasa tidak selesa apabila dipandang lelaki ajnabi. justeru apakah boleh kita simpulkan bahawa mereka yg menyanyi di atas pentas ini sebenarnya berasa malu utk ditonton bilamana kita di bawah pentas terkinja2 bertepuk tangan sebagai tanda sokongan kita trhadapnya?
cukuplah dua situasi ini utk menggambarkan betapa ceteknya pemahaman kita terhadap ajaran Islam yg sebenarnya. namun masih tidak sedar utk segera kembali kpd Al-Quran dan As-Sunnah. sekali lagi ini menjadi fitnah kepada Islam. Allahuakbar.
bukan saja membelakangkan hukum agama, bahkan juga membawa fitnah kepada agama. bertudung, tp pd masa yg sama mempersembahkan hiburan yg melalaikan pendengar yg setia menyokongnya. maaflah andai ada yg brpendapat hiburan sebegini mmpu mmbawa umat kpd Allah.
"tamadun Islam tidak runtuh kerana lemahnya khalifah,
tetapi kerana runtuhnya akhlak umat Islam itu sendiri"
Friday, January 28, 2011
cintaku
Aku mengagumimu kerana keindahan mu,tapi aku mencintaimu bukan kerana keindahan dari penampilanmu semata,melainkan aku mencintaimu kerana hatimu yang boleh menerima cinta ini tulus apa adanya untuk mengisi ruang hatimu. Dalam cinta penampilan fizikal bukan hal terpenting yang boleh menjamin kebahagiaan cinta,tapi cinta ini akan abadi dan indah bila mencintai kerana hati yang tulus…
Subscribe to:
Comments (Atom)



