di malaysia khususnya, semakin ramai penyanyi wanita ISLAM yg muncul seorang demi seorang tanpa segan silu memperdengarkan suara lunak dan mempamerkan diri di khalayak ramai.
merujuk kpd fatwa Negeri Kedah bahawa suara perempuan bukanlah aurat dengan itu tidak haram utk didengari KECUALI jika timbul fitnah kpd lelaki ajnabi.
"maka janganlah kamu tunduk (melemahkan lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
[33:32]
itu hukum bagi suara wanita. utk hukum bagi aurat wanita pula,
"oh, penyanyi muslimah. pakai tudung. suara pun sedap. baguslah kalau lagi ramai orang2 macam dia ni mampu sampai ke tahap ni. alhamdulillah"
masyaAllah. maaf kalau kedengaran agak kasar, tapi percaya atau tidak, komentar2 seperti inilah yg keluar dari mulut masyarakat kita kini. seterusnya majalah2 yg dikatakan mmbawa konsep islamik memilih penyanyi2 ini sebagai ikon muslimah yg patut dicontohi remaja zaman sekarang. adakah dengan hanya menutup kepala dengan sehelai kain sudah dikira wanita muslimah? begitu mudahkan utk menjadi seorang wanita muslimah? asalkan menutup kepala sudah dikira sebagai menyempurnakan tuntutan agama. pastinya tidak.
kita silap besar andai berfikiran seperti itu. pengertian hijab itu luas. hijab adalah pakaian yg diwajibkan bg wanita muslimah utk menutup anggota2 yg wajib ditutup dari sudut syara'. tudung yg tidak jarang dan labuh menutupi dada. pakaian yg longgar, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan. boleh anda namakan mana2 penyanyi 'muslimah' malaysia pada tahun 2011 ni yg memenuhi kesemua ciri2 di atas?
hijab juga mempunyai kaitan dgn sifat malu wanita itu sndiri yg secara fitrahnya merasa tidak selesa apabila dipandang lelaki ajnabi. justeru apakah boleh kita simpulkan bahawa mereka yg menyanyi di atas pentas ini sebenarnya berasa malu utk ditonton bilamana kita di bawah pentas terkinja2 bertepuk tangan sebagai tanda sokongan kita trhadapnya?
cukuplah dua situasi ini utk menggambarkan betapa ceteknya pemahaman kita terhadap ajaran Islam yg sebenarnya. namun masih tidak sedar utk segera kembali kpd Al-Quran dan As-Sunnah. sekali lagi ini menjadi fitnah kepada Islam. Allahuakbar.
bukan saja membelakangkan hukum agama, bahkan juga membawa fitnah kepada agama. bertudung, tp pd masa yg sama mempersembahkan hiburan yg melalaikan pendengar yg setia menyokongnya. maaflah andai ada yg brpendapat hiburan sebegini mmpu mmbawa umat kpd Allah.
"tamadun Islam tidak runtuh kerana lemahnya khalifah,
tetapi kerana runtuhnya akhlak umat Islam itu sendiri"

No comments:
Post a Comment